"Sekeping Hati Yang Perlu Dijaga..."

Hati Umpama Cermin...
Bila Pecah...
Sukar Di Cantum Semula....
Begitulah Hati..
Apabila Terluka,Memang Sukar Di Pulihkan....

Wednesday, 18 April 2012

‎-Ku Tak'kan Mungkin Melepaskan mu..-

Mengabdikan dirimu di dalam diriku..
Haruskah ku bertahan demi cinta ini..
Yang tak mungkin..

Biarkan aku menanti..
Hingga batas ku mengakhiri..
Tak mungkin ku sesali adanya dirimu..
Krna sesungguhnya ku mencintai..
Namun jika harus berakhirnya pergi..
Pergi..pergi...pergiiiiiiiii jangan hirauan aku yg mencintaimu..
Jangan hiraukan luka ku...
Biarkan air mata ini untukku sendiri,.
Biarkan teriakan ini memecah keheningan malam..
Lalu aku akan mati demi cinta tulus yg ku beri dan ku pertahankan
hingga waktu mengakhiri..

Ingin Aku Bertanya

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku


Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...

Tuesday, 17 April 2012

C>I>N>T>A

…CINTA…

Jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya MENDENGAR,

melainkan senantiasa BERGETAR.

jika ia sebuah CINTA,
dia tak mungkin BUTA,

melainkan senantiasa MELIHAT dan MERASAKAN apa yang kita rasakan
jika ia sebuah CINTA,
dia tak akan membuat kita SEDIH,

melainkan senantiasa akan membuat kita BAHAGIA.
jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya BERUCAP,

melainkan senantiasa TULUS dari Dalam HATI.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir bukan karena PERMINTAAN,

melainkan HADIR karena KETENTUAN dan KATA HATI-lah yang MENGANTARKANNYA.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir juga bukan karena PAKSAAN,

melainkan senantiasa HADIR karena PENGORBANAN dan KESETIAAN.








JIKA ~ ~



jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak..
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya..
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,ajar saya tuk memahami awak..
tapi jika di dalam hati awak takde diri saya,saya terima seadanya.. namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak..♥♥




Bila Ada? ?

Bila ada yang sayang,
Jangan lukai hatinya.
Bila ada yang cinta,
Jangan kamu titiskan air matanya.
Bila ada yang menanti,
... Pastikan kamu kembali.
Bila ada yang setia,
Lakukan yang sama.
Bila dia pergi,
Pergilah kejari selagi merasa dia bererti.
Kerana bila dia tiada di sisi.
Kamu akan sunyi dan sepi ....






Rahsia Tarikh Lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Rahsia Kasih Sayang Pasangan Mengikut Bulan Kelahiran

JANUARI
· Mudah jatuh cinta
· Mudah melupakan perasaan cinta terhadap org yang dicintai sekiranya dikhianati
· Sukar setia
· Pandai mengambil hati tp mudah melukai pasangan.
· Selalu berdiam diri ketika bertemu dgn pasangannya.
· Bersikap romantik tetapi tdk pndai menunjuk
· Sikap cemburu tinggi terhadap pasangan
· Bakal jd bapa atau ibu yg penyayang


FEBRUARI
· Sukar jatuh cinta tp mudah utk dikhianati
· Hormat pd pasangan
· Suka memikat pasangan
· Jujur dan berterus terang dlm perhubungan
· Sentiasa nekad utk bersama dengan pasangannya
· Sngat romantik
· Selalu menjaga hati pasangan
· Amat menjaga penampilan

MAC
· Mudah menawan hati pasangan
· Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
· Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
· Sangat baik dlm perhubungan
· Amat sukar melupakan pasangan yg dicintai
· Perasaan cemburu yg minimum
· Sgt manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
· Mudah memilih pasangan tanpa berfikiran waras
· Sentiasa mengharapkan keistimewaan drp pasangan
· Berprasangka terhadap pasangan

APRIL
· Memendam perasaan
· Malu meluahkan isi hati
· Ingin diberi perhatian
· Cemburu dlm perhubungan
· Kesetiaan teguh dalam perhubungan
· Emosi cepat terusik dan mudah terluka
· Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
· Romantik
· Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
· Sukar berlaku curang
· Kebanyakan org yg lahir dlm bulan ini blh dianggap “hamba cinta” spt Laila, Juliet, Siti Zulaikha

MEI
· Mudah jatuh cinta
· Jujur dlm perhubungan
· Pandai menarik hati pasangan
· Perasaan cinta mendalam
· Mudah dipujuk
· Mudah menerima cinta
· Pilihan yg tepat dalam pasangan
· Nekad utk menjaga hubungan yg baik
· Bukan queen control/king control
· Suka mengangankan sesuatu yg indah bersama pasangan
· Sentiasa dahagakan kasih sayang
· Ambil berat dlm menjaga perhubungan

JUN
· Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
· Sukar melukai dan memahami hati pasangan
· Mudah jatuh hati terlalu memilih
· Cerewet dlm perhubungan
· Selalu beremosi
· Mudah merajuk dan mudah dipujuk
· Cepat rasa bosan dlm percintaan
· Kurang yakin dlm perhubungan
· Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan org
· Bakal menjadi ibu yg baik
· Dahagakan pujian drp pasangan

JULAI
· Suka didampingi pasangan
· Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
· Mudah dipujuk dan berterus terang
· Menghargai kesetiaan pasangan
· Mengambil berat dan mengasihi pasangan
· Suka merajuk dan dipujuk
· Setia terhadap pasangan
· Suka mendengar dan tidak suka membantah
· Cemburu terhadap pasangan

OGOS
· Tidak serius dalam perhubungan
· Mengambil mudah dlm perhubungan
· Kesetiaan diragui
· Pandai memujuk pasangan
· Suka memimpin pasangan
· Romantic, pengasih dan penyayang
· Kelam kabut dlm perhubungan
· Sering bertukar pasangan
· Sukar mencari pilihan yg tepat
· Sngat sensitive dan cemburu tahap maksimum
· Mudah meluahkan kata cinta terhadap sesiapa yg berkenaan

SEPTEMBER
· Bersopan santun dlm perhubungan
· Bertolak ansur dlm pasangan
· Suka mengkritik pasangan
· Sangat prihatin terhadap pasangan
· Sangat sensitive dan emosi
· Pandai memahami pasangan
· Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
· Amat memilih pasangan
· Sukar melupakan sekiranya hati terluka
· Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan

OKTOBER
· Suka berkomunikasi dengan pasangan
· Sopan terhadap pasangan
· Jujur dan jarang berpura-pura
· Mudah terluka hati
· Sukar menerima pandangan pasangan
· Emosi yg mudah terusik
· Pengasih dan penyayang terhadap pasangan
· Terlalu cemburu
· Romantik
· Memahami pasangan

NOVEMBER
· Banyak helah
· Cermat dan teliti dlm perhubungan
· Amat berahsia
· Degil
· Tidak suka dikongkong
· Mudah ambil berat
· Tidak menghargai perhubungan
· Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
· Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
· Kurang bersama dengan pasangan

DISEMBER
· Pemurah terhadap pasangan
· Mudah jatuh cinta dlm masa yg sama
· Tergesa-gesa dalam perhubungan
· Suka didampingi oleh pasangan
· Benci dikongkong
· Berbakat utk kahwin lebih dr satu ( utk lelaki )
· Suka mempengaruhi pasangan
· Curang dalam percintaan
· Kurang bekerjasama dlm pasangan
· Selalu cuba utk mencari pasangan baru
· Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

Berilah Hati Pada Yang Sudi



"Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti..
Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."(◕‿-)



Mencintai Seseorang Sehujung Kuku




Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
... Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….




WANITA



Lembut wanita kerana senyumannya, Cekal wanita kerana beraninya, Patuh wanita kerana kesetiaannya, Sabar wanita kerana imannya, Kasih wanita kerana belaiannya, Lemah wanita kerana air matanya, Ikhlas wanita kerana simpatinya, Pendam wanita kerana cemburunya, Sayang wanita kerana sikap keibuannya, Tanpa wanita lelaki menjadi lemah, Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah ♥

CINTA Vs SUKA


-CInta Vs Suka-

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Friday, 13 April 2012

Buat Bakal Suami Ku ~ ~



Buat bakaL suamiku, peliharalah imanmu, sayanGilah aGamamu, semaikan peribadimu denGan acuan al-Quran.. Kerana sayang tahu, abang mampu menjadi yanG terbaek buat isterimu ini nanti.. Maafkan sayang andai abang menemui kekuranGan sayang.. sesunGGuhnya sayang bukan insan sempurna, tetapi sayang cuba untuk menjadi yanG sempurna untuk diri abang.. Terima kasih kerana telah banyak membantu sayang baik dari segi lahiriah ataupun zahiriah.. Alhamdulliah, denGan izin Allah juga kita dipertemukan.. Tetapkan pilihan sebaGai teman & kekal abadi hinGGa akhir zaman.. Suatu hari nanti juGa, sayang amat memerlukan abang untuk membantu sayang pada perkara yanG munGkin tidak mampu sayang lakukan & sayang harap abang sudi membantu sayang.. dan sayang berharap kita bahagia di dunia & juGa di akhirat.. Pimpinlah diri sayang ini untuk menjadi wanita yanG solehah, mukminah sejati buat peneman dirimu.. sesunGGuhnya sayang menGerti jalan mujahadah itu pahit tetapi manisnya akan tetap kita temui.. Jadikan juGa sayang wanita syurGa.. Indah pada maksudnya.. sayang cuba menjaGa apa yanG perLu sayang jaGa.. sombongku, diamku pada ajnabi yanG laen bukan bermaksud sayang juaL mahaL tetapi sayang inGin menJaGa apa yanG telah Allah takdirkan mu ini.. Kerana Allah sayang bertemu diri abang & hanya atas restu Allah juGa hati sayang terbuka untuk menerima abang.. walau abang bukan yang pertama,tapi abang lah yang terakhir dalam hidup sayang... Terima kasih kerana memilih sayang.. Maaf kerana tidak mampu meluahkan ini di hadapan abang kerana itu kelemahan sayang & ini kelebihan sayang mencoretkan untuk abang khas buatmu bakal suamiku.. SALAM SAYANG dari bidadari hatimu...





Wednesday, 11 April 2012

CINTA


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. ♥

^________________________^


cinta bukan seperti sekuntum bunga, mekarnya x lama, layunya tiada makna. cinta sejati mekar selamanya... cinta x berupa tatapan satu sama lain, ttp memandang ke luar ke arah yang sama... setiap orang punya rasa cinta, tp x semua org dpt merasai cinta...setiap orang pernah bercinta..tp x semua mampu mengecapi bahagia dan jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan sesekali kamu mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih x dpt melupakannya dan jangan sesekali kamu membencinya sekiranya kamu masih menyayanginya jauh dlm sdut hati kamu... 

Erggggghhhhhhhhh!!!!

Aku cuba untuk percayakan die......tapi aku xdapat bohong ape yang aku rase.....aku msih blom le cayekan die.....aku tetap curiga kt die....setiap pergerakan die....aku tetap xle caye.....salah aku ke sebab xle nak cayekan die....salah aku ke.....ya allah..bg la aku kekuatan...tabahkan lah hati aku....buangkan la segala perasaan curiga yang ade di hati aku ini ya allah.......pada mu aku memohon..hanya padamu aku meminta...tolong hambamu nie ya allah........aku xnak terus berperasaan seperti ini....bukan sebab aku xsayangkan die lg...or cinta aku da pudar..tidak same skali.....aku cme tkt ditipu skali lg...sesungguhnya aku terlalu tkt.............tkt sngt ya allah.........

Menyintainya Lebih Dari Apa Yang Aku Ada ~~




Aku selalu menyintai dia
lebih dari apa yang aku ada
aku bahagia biarpun derita
kerana cintanya bagiku penguat jiwa kala aku lemah
kerana cintanya lebih dari segala-galanya apa yang aku rasa.....

^_________________^


Amat payah rasanya bila diri terpaksa menjaga banyak hati.. bila rasa perlu menggalas banyak jiwa. Sukarnya bila kita berada di tengah-tengah.Di sebelah..ada hati yang perlu ditatang dengan penuh berhemah agar tidak membawa gerhana berpanjangan.Lalu..di sebelah yang lain, juga ada hati yang perlu dijaga agar tidak termakan diri...Segalanya menuntut sabar yang tinggi. Juga menguji kematangan dalam mengambil sebarang tindakan atau menuturkan setiap bicara.Moga aku dikurniakan kesabaran itu, juga kekuatan daripada apa yang bakal terjadi------------ ♥

^_________________^


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?Aduhai kamu...Adakah kau yang tercipta untukku??????????

Andai Dia Tahu ??



Andai die tahu....Apabila aku jatuh cinta..lelaki itu tidak semestinya punya segalanya...tetapi laki itu adalah segalanya bagi diriku....
Andai die tahu apabila aku mengalirkan air mata..itu bukan bermakna aku lemah...tetapi aku sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai dirinya....
Andai die tahu apabila aku marah...memang aku tidak mampu mengawal perasaan aku...tapi percayalah,itu maknenya aku sangat mengambil berat akan dirinya....dan menyayangi dirinya...lihat lah pasangan len yang baru bercinta....mereke jarang bergadoh..tetapi percayalah...semakin tmbah perasaan sayang itu..semakin kerap la pertelingkahan yang berlaku.....
Andai die tahu...Apabila aku bercakap banyak...aku tidak bermaksud membuat die rimas...tetapi aku ingin die mngenali aku lebih dekat...
Andai die tahu...apabila aku berkata aku ingin die berubah.itu bukan bermakne aku tidak menerima die apa adanya...tetapi aku mahu menjadikan die lebih baik..bukan untuk diri aku..tetapi untuk masa depan die.....
Andai die tahu..apabila aku cemburu dan tidak percayakan die..bukan bermakna aku tidak sayang...malah aku terlalu sayangkan die...kadang2 aku terlalu risau jika terlalu percayakan die....die akan mnghianati kepercayaan yang di beri...mngalir naluri ke ibuan aku sangat kuat.....aku cuma mahukan yang terbaik utk die.....
Andai die tahu apabila aku merajuk...jangan kata aku mengada-ngada..aku bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen....tetapi cukup dengan perhatiaan yang boleh buat aku rase dihargai....
Andai die tahu apabila aku kate aku rindukan die..itu bermakne aku betul-betul rindukan die...apabila berjauhan,wajah die akan sentiasa bermain di mata aku....
Anadai die tahu..apabila aku berkata ada laki laen yg lebih baik dari die....jangn percaya dengan kata-kata aku...sebab aku cume ingn mnguji...aku cuma mahu melihat sejauh mane die mahu jadi yang terbaik di mata aku....walaupon sebenarnya die lah yang terbaik dimata aku!!Selagi aku dengan die...percayalah..walaupon aku menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimata aku...tapi dihati aku..DIE TETAP YANG TERBAIK.....
Andai die tahu..apabila aku menjadi degil..aku xbermaksud untuk mnjadi degil...tapi aku mahu lihat sejauh mana die mampu bertahan dan bersabar dengan kerenah aku....percayalah.."hati perempuan sangat lembut...Andai kene carenye..jangan terkejut kalau akhirnya die mmpu menukar fikiran dalam masa sesaat..."
Andai die tahu apabila aku berkata.."TOLONG TINGGALKAN SAYANG.."aku xbermaksud untuk die meninggalkan aku selama-lamanya....aku hanya mahu menenangkan hati aku sementara waktu jer...aku akan carik die bile hati aku da tenang....tu tandanya aku terlalu sayangkan die n menyintai die...aku memang sukar mengawal perasaan..mungkin terlalu emosional...tapi aku nak die tahu aku lah perempuan yg paling sayangkan die..n paling sensitif dengan perubahan dari die...
Andai die tahu....sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yg tersendiri..tetapi sekiranya mereka saling memahami..mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..perempuan itu diciptakan Allah indah sekali...disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan yg bakal menjadikan laki berasa selamat bersamanya...
Aku datang dalam idop die bukan dengan niat untuk menunjuk kelemahan aku....aku datang dalam hidup die cube untuk memberi kekuatan dan menyokong die,ingin membuat hidup die lebih sempurna...dan aku ingin menjadi perempuan yg sempurne dimate die..ingin menjadi isteri juga ibu yg terbaik untuk anak-anak die nnty....Amin....

Sakitnya Hati!!!

Aku nie cme wanita biase,yg akan sakit ble dilukai...dan akan kecewe bile dikhianati.....aku xpernah mnyesal pilih die dlm hidup ku....malah aku bersyukur.....tp aku kecewe ble die tetibe berubah....bile die tetibe mnyakiti haty aku......


Aku masih ingat lagi di awal perkenalan aku dan die.......mse tu tuhan pertemukan kami setelah sekian lama xbertemu........mse tu die mnx no aku..dengn alasan.die nk crkkan kje....crk la sangatkan..sbb mse tu aku cme tolong mak cik aku kt kedai mkn jer.....dr situ lah bermulenye hubungan yg semakin lame semakin erat.....hari2 die tpon aku.....antar aku g kje......amek aku balik kje....blh di katekan hari2.....padahal,ramai yg bntah ngan hubungn nie.....kami pon xsedie lagi nk sape2 tahu....so,aku dan die rahsiekan hubungan nie dari orang2 keliling kami.....jumpe pon sorok2...hehehehehehe..niat aku sebenarnya cume suke2 jer ngan die....aku xtau plak yg die pon de niat yg same ngan aku....kuase tuhan..sape yg tahu..kami jatuh cinta betul2.....hehehe..nie makan die..


Alhamdulillah..hubungan kami semakin hari semakin erat...semakin saling mnyayangi......aku cbe jd yg terbaek utk die..biarpon aku tau aku nie seorang pompn yg serbe kekurangan......tp sekurang2nye aku mencube.......aku harap aku berjaye....aku yg bru berusie 21thn pade mase tu..berkawan ngn laki yg berusie 42thn...so,aku bnyak blajar ikot rentak die....dan die pon banyak blajar ikot rentak aku.....kadang cian kat die...tp bile ingt balik rse klakar...penah 1 hari..aku die n shima adk angkat aku g jusco....klu berjalan ngn shima..mmg 1 jusco la die pusing....penatnye aku tngok die..tp die ttap tersenyum......sebak aku tngok die mse tu..aku rse klu orang len da mrh2 da...tp die tetap terus berjalan sambil tersenym kt aku...malah die yg pimpin tangn aku.....


Tapi 2 smue da lame....sekarang...asik gadoh jer....ari tu bru bk....nie gadoh lg....die ckp die da xnk idop aku cm nie...sdh kerana die...die akan berubah utk aku...tp bg mse cikit.....tp mlm td...die wt pangai lik......mlm td aku g makan ngn die,kak ewa,n kak mie kt Mcd......mse die amek aku tu die de ckp die skit pale..kne ujan..aku tau die mmg xle kne ujan..biar pon setitk,mesti sakit pale....tp die ckp die da janji ngan aku...sebab 2 die amek aku gak biar die sakit pale....die nk buktikan yg die betul2 nk berubah....sampai kt Mcd...kami tungu kak ewa n kak mie....mse 2 geli haty sangt...mngkin die xbese kot ngn kawan aku cm kak ewa n kak mie 2....yela..mereke kan bertudung...sblm nie kwn2 aku ne de cm 2.....die jd bnyk ckp...soalan yg xpatut tnye pon die tnye....aku bkn ape...xkesah pon...cme aku pon segan gak ngan kak ewa n kak mie....tkt dorng xselese.....sbb aku pon xselese...almaklom lah...aku hormat ngn dorg...sbb tu aku segan....bile dorg da rancak berborak..aku senyap jer la......hehehehe....tp aku hargai pe yg die wt....biarpon die mlu..segan...tp die tetap berborak.....menghidupkan suasane.......


Balik dr 2...die ckp die blk nk mndi n tdow......mse die antar..ati aku da xsedap......aku tpon die xangkt....tetiba die msg bg tau die g kdai beli panadol,blk nk mnd n tdow...ape motif die bg tau smue tp ble tpon xangkt!!!sakitnye aty aku.......bnyk kali kot aku kol......no lg stu die tutp...nie die ckp die nk berubah???xnk sakitkan aty aku lg?????tp ape die wat kt aku...die terus sakitkan aty aku....aku xnk janji...aku nk bukti!!tp bukti ape yg die bg kt aku?????sakitnye aty aku..tuhan jer yg tau....teruskan la die ngan hidup die...aku da cube jd yang terbaek.....tp???ntah la....klu die rse die msh nk teruskan lg...aku harap die bg jawapan yg munasabah nnty....tp klu x,aku rele andai berakhir disini jer............aku da xtau nk wt pe lg.....

Tuesday, 10 April 2012

LAGU - LAGU KENANGAN

Bile aku ingat lagu2 nie.....kadang2 aku nangis..kadang2 aku akan tersenyum sorang2......huhuhu...lagu2 nie la yang membuat aku sntiase abadikan kenangn bersama die.....



Lagu nie lagu pertama die bagi kt aku.....die sllu nyanyikan lagu nie utk aku......ske sngat mse tu..hehehe~~



Lagu nie lagu ke2 die bg.......mse lgu nie bru kuar....die ckp kt aku..cm ne la klu xde jodoh nty......msti nangis ble dengar lagu nie........sekarang pon bile dengar le melele air mte..lg kan bile xde jodoh nnty...huhuhu~~~








lagu2 nie smue de kenangan di sebaliknye......ntah la sejak akhir2 nie cm2 dugaan dtg dalam hubungan kami......ble dengar lagu nie...aku jadi sayu.....aku akan ingat die.......sebak sngat.....ape yg aku harapkan sekarang...smoge hubungan kami berkekalan hingge ke akhir hayat kami........